Fenomena Telur Berdiri

KUCHING 4 Feb- Guru tadika, Siti Noorliza Darwiena Rakawi, 25, (tengah) menunjukkan fenomena telur berdiri kepada empat pelajarnya, (dari kiri) Adam Pho, 6,Cyrus Loo, 6, Isabelle Chung, 6, dan Renee Sim, 6, ketika Hari "Lup Choon" atau Hari Telur Berdiri dalam kalendar Cina, di Tadika Padungan di sini hari ini.

Tulisan Cina yang dilukis pada telur tersebut bermaksud "Chun" atau musim bunga.

Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, fenomena telur berdiri itu berlaku pada jam 12 tengahari hingga jam 1 petang pada 4 Februari setiap tahun.

Fenomena tersebut berlaku setahun sekali pada tahun baru lunar dalam masyarakat Cina dan ekuinoks musim bunga di Barat di mana pada saat itu semua telur boleh berdiri jika ditegakkan.

Menurut kajian sainstifik pula, fenomena ini boleh berlaku pada waktu bulan berada dekat dengan bumi dan menyebabkan tarikan graviti bulan sangat kuat hingga mampu menarik cairan putih telur ke atas kerana ia kurang tumpat berbanding kuning telur maka hasilnya telur akan berdiri tegak. -BERNAMA

Sumber: http://www.utusan.com.my/galeri-foto/fenomena-telur-berdiri-sempena-hari-lup-choon-1.55860
Dapat bonus permulaan sebanyak RM100 jika daftar UBER disini

0 Response to "Fenomena Telur Berdiri"

Post a Comment