JOHOR BAHRU - “Saya tidak menyokong budaya hooligan dan tidak setuju de*ngan tindakan protes sebegini yang ditujukan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Ne*geri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Malah, Tunku Mahkota Johor itu menegaskan, beliau tidak menyokong sebarang salah laku oleh penyokong bola sepak bukan sahaja di negeri ini, malah di seluruh negara.
Perlawanan sumbangsih antara JDT dan Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu lalu tercemar selepas penyokong tuan rumah membawa kain rentang gergasi yang memaparkan gambar manusia berkepala anjing.
Perbuatan biadap penyokong itu membayangi kejayaan JDT memenangi perlawanan sulung musim 2015 selepas mengalahkan Pahang 2-0. Susulan daripada insiden tersebut, 12 orang telah ditahan.
Begitupun Tunku Ismail memberitahu, biarpun tidak bersetuju dengan perbuatan itu, namun tidak bermakna beliau tidak memahami protes yang dilakukan penyokong yang tidak berpuas hati dengan cara FAM mentadbir sukan bola sepak di negara ini.
“Saya tidak menyalahkan Pre*siden. Saya menyalahkan orga*nisasi. Saya menyalahkan ahli-ahli jawatankuasa dan ahli-ahli gabu*ngan yang tidak bersatu dan bersuara menegur kesilapan yang dilakukan oleh badan induk pentadbir bola sepak itu.
“Saya bersifat berkecuali, saya menegakkan kebenaran, saya mengutamakan integriti, saya menyokong profesionalisme, saya mahukan ketelusan dan kejujuran,” katanya menerusi akaun Facebook JOHOR Southern Tigers.
Tunku Ismail menegaskan, sekiranya penyokong bola sepak Malaysia mahu melihat perubahan, mereka perlu bersatu dan beliau berdoa supaya satu hari nanti, badan pentadbir sukan berkenaan akan mengabulkan hajat penyokong.
Nasihat Tunku Ismail kepada mereka yang tidak memahami bola sepak dan yang bersuara hanya demi modal politik peribadi: “Cukup-cukuplah dan hentikanlah, ia hanya membuatkan diri anda kelihatan kurang bijak.”
Pada masa sama, Tunku Ismail mengucapkan syabas kepada FAM atas segala usaha baik yang dilakukan, namun beliau tidak akan berhenti menyuarakan rasa tidak puas hati bagi pihak penyokong sekiranya FAM melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
“Apa yang benar tetap benar, dan yang salah tetap salah. Kepada seluruh penyokong bola sepak tanah air, lebih baik kita bersatu dan bekerja keras untuk memajukan bola sepak Malaysia daripada bergaduh dan bertelagah sesama sendiri.
“Ingat bola sepak dan FAM adalah milik seluruh rakyat Malaysia, dan bukan sebuah entiti milik persendirian,” katanya.
Sumber:http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tmj-selar-hooligan-1.55392#sthash.gfUsOqm3.dpuf
![]() |
Dapat bonus permulaan sebanyak RM100 jika daftar UBER disini |
0 Response to "TMJ Tunku Mahkota Johor selar hooligan"
Post a Comment