Katanya, kertas siasatan itu dibuka di bawah Seksyen 506, 507 dan 508 Kanun Keseksaan bagi mengesan dan menahan individu yang bertanggungjawab melakukan ugutanitu.
Khalid ditemui pemberita selepas melancarkan koleksi mainan kenderaanPolis Diraja Malaysia (PDRM) hasil rekaan eksklusif Dai Sheng Sdn.Bhd. yang turut menyampaikan sumbangan berbentuk kewangan kepada lima rumah kebajikan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat pengeluar koleksi mainan terbesar negara.
Dalam perkembangan sama, Khalid berkata, Ismail Sabri akan tampil memberi keterangan kepada polis berhubung kenyataan beliau menggesa pengguna memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga dalam media sosial Facebook baru-baru ini.
"Dia (Ismail Sabri) akan datang memberi keterangan pada Isnin ini (9 Februari 2015). tempat dan masa akan ditentukan Ketua Polis Kuala Lumpur nanti," katanya tanpa mengulas lanjut.
Dalam perkembangan lain berhubung hari keputusan kes liwat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata beliau polis bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan berikutan keputusan rayuan kes liwat kedua Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa.
"Kita harap tiada sebarang insiden berlaku kerana saya percaya rakyat sudah matang dan boleh menerima apa jua keputusannya nanti dengan sabra," katanya.
-- Malaysia Gazette.
![]() |
Dapat bonus permulaan sebanyak RM100 jika daftar UBER disini |
0 Response to "Individu ugut mahu bunuh Ismail Sabri dicari - KPN"
Post a Comment